Friday, April 2, 2010

Cerita lama

Suatu hari, anakku yang sulung bertanya, `mama, mama nak kahwin lagi tak?...soalan anakku itu membuatku terpaku dan terkedu pun ada...Bagaimana timbul pertanyaan seperti ini, tidaklah aku ketahui...hairan bin ajaib....aku pun bertanya semula dengan seribu kehairanan...`kenapa kakak tanya?...Aku lihat reaksinya. Muka tak happy je. Anakku terdiam sambil merenung jauh.....
Kalau mama nk kahwin lagi, pastikan yang kakak suka...kalau kakak x suka...mama jangan terima tau...kakak nak orang yang sebiji macam ayah....baik macam ayah....(hai, macam dah beri green light sahaja....)

Bagiku permintaan anakku ini menunjukkan dia masih sukar untuk menerima orang lain selain daripada ayahnya dalam kehidupan kami. Anakku berkata lagi, ` Mama, mama jangan rampas suami orang ye...tak baik ambil hak orang lain...Kakak x nk berkongsi ayah...."Ku lihat matanya berkaca...mungkin hiba (dia dh kehilangan ayah ketika berusia 4 tahun) ....Dalam hati aku sangat terharu dengan permintaan anakku ini....Walaupun baru brusia 12 tahun...Dia sangat memahami.....Sedangkan aku...tika dan saat ini....masih belum terbuka untuk mencari pengganti...insan kesayanganku ini....Saadon Jaafar...5 April 2010 nanti, genap 8 tahun pemergiannya...AL Fatihah buat suamiku....

No comments:

Post a Comment