Thursday, February 3, 2011

Birthday Party@Restoran Berputar ,KL Tower

30 Januari 2011 - Alhamdulillah...Hajat untuk meraikan birthday party  dua puteriku tercapai walaupun cuaca mendung. Kami berlapan meraikan detik gembira ini di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur. Kedua-dua puteriku semakin tidak sabar untuk ke sana(walaupun bukan pertama kali, tapi keterujaan mereka itu jelas terpancar dimuka mereka...)

Hampir pukul 2 ptg, baru kami sampai di restoran tersebut. Sepatutnya kami perlu sampai lebih awal (Lunch kul 11.30 -3 ptg), tapi biasalah melayan kerenah anak-anak (masa tulah si adik sibuk nak beli kasut B.U.M.nya)...sabar jelah...

Selamat Hari Jadi sayang...
Anak-anak tersayang, Damia Syahirah (kiri) dan Damia Batrisyia (kanan)
Mama disamping anak-anak kesayangan

Kami hanya ada 1 jam sahaja utk menikmati masakan secara buffet kat sana. Oleh kerana kami dtg hari Ahad, harganya agak mahal berbanding hari biasa. Namun, kasih-sayang mengatasi wang ringgit...

Umur anakku yang sulung menginjak ke 13 tahun manakala adiknya yang ke 10 tahun. Terlalu cepat masa berlalu. Hampir aku tidak sedar kedua-dua puteriku sudah meningkat remaja. Suasana di Restoran Berputar di hujung minggu sangat menyeronokkan. Oleh kerana aku mengadakan Majlis Harijadi, kami diraikan dengan aluan piano pemuzik undangan pada petang tersebut. Lagu `Happy Birthday To You' berkumandang disertai tiupan lilin oleh anakku...Mereka sangat seronok kerana pengunjung di sana begitu sporting meraikan Hari lahir anak-anakku.


Oleh kerana hari lahir anak-anakku berdekatan iaitu 26 dan 28 januari. Setiap tahun kami menyambutnya secara serentak...So jimat $$$$$$....hehehehe

Puteri kesayangan mama, Damia Syahirah dan DamiaBatrisyia...,
Mama doakan kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. semoga dipermudahkan segala urusan. Mama doakan kalian tetap tabah dan sabar dalam menempuhi perjalanan hidup tanpa arwah ayah disisi kalian. Mama percaya, arwah ayah sentiasa mendoakan kalian agar menjadi anak-anak yang solehah...

No comments:

Post a Comment