Monday, May 2, 2011

REUNION AD @ SHAH ALAM

1 Mei 2011 bukan sahaja meraikan hari Pekerja (untuk insan2 yang bekerja) bahkan kali ini lebih istimewa kerana aku ingin meraikannya dengan sahabat2 lama masa study kat ITM Shah Alam. Apatah lagi selepas 19 tahun berlalu tanpa khabar berita....Akhirnya pertemuan kami diatur pada tarikh keramat ini.
Geng2 masa belajar kat Art & Design ITM Shah Alam

  Gumbira tak terkata bila jumpa...Maklumlah dah lama x jumpa tu macam2 citer...hihihi...dh anak brapa? tu ayat yang pertama nk ditanya...

Sahabat2ku...Diharap silaturahim tidak terhenti di sini sahaja...Harap kita sentiasa dapat berhubung terutamanya melalui FB...Kerana FB juga kita bertemu di sini...

Thursday, February 3, 2011

Birthday Party@Restoran Berputar ,KL Tower

30 Januari 2011 - Alhamdulillah...Hajat untuk meraikan birthday party  dua puteriku tercapai walaupun cuaca mendung. Kami berlapan meraikan detik gembira ini di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur. Kedua-dua puteriku semakin tidak sabar untuk ke sana(walaupun bukan pertama kali, tapi keterujaan mereka itu jelas terpancar dimuka mereka...)

Hampir pukul 2 ptg, baru kami sampai di restoran tersebut. Sepatutnya kami perlu sampai lebih awal (Lunch kul 11.30 -3 ptg), tapi biasalah melayan kerenah anak-anak (masa tulah si adik sibuk nak beli kasut B.U.M.nya)...sabar jelah...

Selamat Hari Jadi sayang...
Anak-anak tersayang, Damia Syahirah (kiri) dan Damia Batrisyia (kanan)
Mama disamping anak-anak kesayangan

Kami hanya ada 1 jam sahaja utk menikmati masakan secara buffet kat sana. Oleh kerana kami dtg hari Ahad, harganya agak mahal berbanding hari biasa. Namun, kasih-sayang mengatasi wang ringgit...

Umur anakku yang sulung menginjak ke 13 tahun manakala adiknya yang ke 10 tahun. Terlalu cepat masa berlalu. Hampir aku tidak sedar kedua-dua puteriku sudah meningkat remaja. Suasana di Restoran Berputar di hujung minggu sangat menyeronokkan. Oleh kerana aku mengadakan Majlis Harijadi, kami diraikan dengan aluan piano pemuzik undangan pada petang tersebut. Lagu `Happy Birthday To You' berkumandang disertai tiupan lilin oleh anakku...Mereka sangat seronok kerana pengunjung di sana begitu sporting meraikan Hari lahir anak-anakku.


Oleh kerana hari lahir anak-anakku berdekatan iaitu 26 dan 28 januari. Setiap tahun kami menyambutnya secara serentak...So jimat $$$$$$....hehehehe

Puteri kesayangan mama, Damia Syahirah dan DamiaBatrisyia...,
Mama doakan kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. semoga dipermudahkan segala urusan. Mama doakan kalian tetap tabah dan sabar dalam menempuhi perjalanan hidup tanpa arwah ayah disisi kalian. Mama percaya, arwah ayah sentiasa mendoakan kalian agar menjadi anak-anak yang solehah...

Friday, December 24, 2010

Saman..ooooohhhhh....Saman

Resah sungguh...semenjak PDRM dah war2kan potongan saman hingga 50%...akulah orang yang paling GUMBIRA....apa taknya.. Ada tiga saman yang belum berbayar. Kalau dihitung jumlah RMnya dekat2 gak RM600....

Apa lagi, seawal pagi 22 Disember 2010, aku ke Balai Polis Kajang....dengan siapa lagi...dengan bodyguard aku si `baby'...emmmmm....x boleh ke emaknya pi sorang2...???????(risaulah tu, kotnya maknya melencung ke tempat lain)...hehehe....Peneman setiaku....

Pukul 9 pagi, kami dah terpacak kat kaunter kompaun saman.Ambil nombor giliran, lepas tu...  tunggu...tunggu...emmmmm....leceh juga. walaupun orang yang nak bayar saman taklah ramai sangat. tapi prosesnya agak memakan masa terutamanya jika baru nk semak saman (macam aku)...walaupun aku dh semak saman kat internet (tu yang aku tahu ada 3 saman tertunggak)...

Akhirnya sampailah ke giliranku...(semacam je muka cik abang polis tu tenung aku...)em..assalamualaikum En...Saya nk semak saman bole?lepas tu nak bayar saman..." kataku padanya. Ku lihat reaksi boringnya. ` kenapa x semak kat kaunter pendaftaran tadi" katanya padaku...Emmmm...tadi saya dh tanya, dia kata check kat kaunter pembayaran,' jawabku jujur....ku lihat reaksi kesalnya...memang sepatutnya aku print semakan saman tempohari...nak buat canme...aku pun lupa...gelabah pun ada...

`Bayar RM 250...cik.' katanya padaku....Syukur alhamdulillah...ingatkan tadi RM600...(sebenarnya aku dh standby duit RM500)...Aku menghulurkan RM250 padanya....Tima kasih En....

Serik....memang serik....saman tertunggak dari zaman keta kancil sampailah ke keta Waja....Nasib baiklah keta yang ada sekarang ni belum masuk rekod lagi....harap2 taklah...hehehe...Taubat x nak bawa keta laju2 lagi....RM250....tu...mcm2 boleh beli tau....Emmmm...nak buat macam mana...dh bukan rezeki...

Friday, November 12, 2010

Maafkan kakak...Mama

Anak kesayanganku, Damia Syahirah














Keputusan UPSR telah diumumkan pada 11.11.2010(Khamis) yang lalu. Aku rasa berdebar sangat kerana ini merupakan peperiksaan untuk anak sulungku, Damia. Sememang harapan setinggi gunung terhadapnya. Sememangnya kita akan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak.

Apabila keputusan diumumkan, aku dah beritahu kakak yang aku akan ke sekolahnya untuk sama-sama melihat result dia. Pada mulanya dia memang tak bagi. Risau jika keputusan UPSR akan menghampakan aku.
Walau bagaimanapun sebagai seorang ibu, aku ingin memberi sokongan moral padanya...Aku beri kata-kata semangat...akhirnya dia akur dengan kehendakku.

Seawal 10.30 pagi aku dah sampai ke SK Bandar Teknologi Kajang. Aku bersama Isya (ponteng sekolah kerana berjumpa doktor gigi), aku menunggu dengan penuh debar di foyer sekolah. Ibu bapa sudah bertambah ramai, manakala murid-murid Tahun 6 telah mula duduk di ruangan foyer.

Sempat juga aku melihat abang Sulaiman( seniorku di UITM) sibuk mengambil gambar anaknya(anaknya pun tunggu result UPSR). Aku semakin resah. Jam telah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Kelibat cikgu yang akan mengumumkan keputusan masih tidak muncul-muncul lagi...(betul-betul menguji kesabaranku...)

Akhirnya, yang ditunggu telah tiba, kelihatan PK 1, dan beberapa guru tiba di foyer untuk mengumumkan keputusan UPSR...Jeng...jeng..(rasa nak gugur jantung aku)...

Keputusan yang akan diumumkan bermula dari mereka yang mendapat 4A1B...sorang demi sorang nama diumumkan dan mereka naik ke pentas...nama anakku masih tidak disebut...

Kemudian keputusan 5A pula...lagilah berdebar, nama yang diumumkan kebanyakannya dari kelas anakku 6 Cekal, tapi....nama anakku masih tidak disebut...Ku lihat anakku sudah mula nak menangis...hinggalah nama yang terakhir....tiada nama anakku Damia Syahirah....Ku lihat anakku sudah tidak dapat mengawal perasaanya. Apa lagi menangis teresak-esaklah...puas rakan2nya pujuk. Dia asyik meminta maaf padaku...mama, maafkan kakak, ma...mamakan kakak...kakak dah hampakan harapan mama...

Aku bertambah sedih, namun aku jelaskan padanya, aku tidak salahkannya. Dia terlalu sedih kerana hanya mendapat 3A2B. Dia malu pada kawan-kawan baiknya yang majoritinya mendapat 5A... Apa-apa pun aku tetap memberi semangat padanya...Perjalanannya masih jauh dan panjang...Masih ada ruang untuk dia menebus balik kesilapannya...Sejujurnya...Aku sudah pun bersyukur...Dia sudah buat yang terbaik...
Kakak...mama tidak salahkan kakak...kakak sudah cuba yang terbaik...Buktikan pada mama masa PMR(Tahun 2013) nanti...Jangan ulang lagi kesilapan yang sama...Mama percaya kakak pasti berjaya dengan cemerlang. Mama sentiasa mendoakan kejayaan kakak...

Tuesday, November 9, 2010

Maafkan aku...

Maafkan aku kerna tidak mampu untuk mendustai hati ini....
Sememangnya aku masih tidak mampu untuk menerimamu dalam kehidupan kami.
Telahku cuba,
ku mohon pada Tuhan...

Jangan kau tanya mengapa?...
aku tiada jawapannya...

Ku mohon...,
Berilah ruang hatimu untuk orang lain...
Yang benar-benar menyayangimu...
Seumur hidup berkorban untukmu...

Maafkan aku,
Kerna mensia-siakan usia remajamu, menunggu...,dan menunggu...
entah bila penamatnya.
Usai 24 tahun kita bersahabat...
Kau sahabat terbaikku...
Tidak mampu lagi aku untuk melukai hatimu...

Tolonglah...,
Lepaskan aku dari merasa berdosa...
Ku ingin melihat kau berbahagia...
dengan insan yang benar-benar menyintaimu...sejujurnya.

Jangan kau ulang lagi kesilapan dulu...
Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu.

Izinkan kami berlalu pergi....
Kerna `jiwa' ku telah berkubur mati...

Di sisiku, ada dua puteri kesayanganku...
yang akan menjagaku..
Aku tahu...kau terlalu baik untukku...

Qasehku telah dibawa pergi ..
Entah kapan terbuka hati...

Monday, November 1, 2010

Raya 2010 dengan rumah baru

Duduk depan(Kiri) abg Kamal,abah,mak,abg Ramli
Dari kiri(belakang) Kak Midah, Kak Anis, Me
Raya kali ini lebih seronok berbanding tahun lalu. Maklumlah...nak raya kat rumah baru. Rumah ini kami adik beradik sediakan untuk emak dan abah. Syukur alhamdulillah...Murah rezeki abangku, abang Kamal....Dia merupakan share yang paling banyak...x apa bang...ada share kat akhirat nanti....Yang penting kita ikhlas memberi...untuk keselesaan kita juga bila balik kampung nanti.

Mak adalah orang yang paling seronok. Maklumlah, sudah lama mengidam rumah batu yang lebih selesa. Dalam usia mak menjangkau 75 tahun, baru mak nak merasa senang...Aku tumpang terharu bila mak sentiasa mengucapkan rasa gembira kerana impiannya terlaksana...

Mak, siapa lagi yang akan membahagiakan mak selain anak-anak mak...Abang Kamal, Kak Anis, Kak Midah, Abang Ramli dan Adik...Cucu-cucu mak yang sudah berpuluh...Mak, selagi mak dan abah masih ada...Kami sentiasa akan membahagiakan mak...Kami akan menjaga mak....Mak jangan risau...Insya Allah, kami tidak akan melupakan kasih-sayang dan jasa mak membesarkan kami....Mak...We Love U....

`Aku kini dimadu'kak....

Aku dan `baby' pergi pasaraya Billion. Sempat membeli makanan Tom, Jerry dan Tam...Singgah jap di kedai jiran kami. Apa lagi pekena char kuey teow goreng....`Baby' makan kerang rebus...emmmm...yum...yum...

Jiran kami, em...aku kenalkan sebagai `N' menyapa kami yang sedang syok menikmati makanan masing-masing. Aku ajak N join kami sekali...sesekali kami sembang pasal lama x jumpa (hehehhe...walaupun jiran selang 2 buah rumah sahaja)...Maklumlah aku sibuk manakala N pula dengan bisnes makanannya.

Dalam syok menikmati char kuey teow goreng, N menduga aku...`Kak, ko nak tahu...aku kini bermadu....Terkejut aku dengan cerita N...Biar betul...?????N....Abang J dah kawin lain....Dah 3 tahun dah tanpa pengetahuan saya....Mata kami bertaut...ada genangan air mata dimatanya...aku tahu, N terlalu kecewa dan terluka dengan perbuatan suaminya...

Apa yang pasti...aku tertanya-tanya...apa kurangnya N hingga suaminya sanggup menduakannya...Nak kata x ada anak...Anak mereka dah tiga orang. Lelaki dan dua perempuan....Apa kurang lagi?...Heran...Apapun aku sebagai jiran hanya mampu mendengar keluhannya. Menasihatkannya supaya banyak bersabar dan berdoa agar Allah SWT kuatkan semangat. demi anak-anak...Abang J dah hampir 3 bulan x jenguk anak2nya...kereta sudah 2 bulan tertunggak...Saya pening kak...

Aku bersimpati...Kesian N...kesian anak2nya yang masih kecil...Aku x kisah kalau suaminya kaya dan mampu berlaku adil....Tapi....Adilkan jika 2 bulan langsung x jenguk anak bini?....Mengapa lelaki berperangai macam ini?....