Monday, April 5, 2010

Bulan April dan kerja...kerja...kerja...


Minggu ini berserabutnya fikiranku...pelbagai agenda menanti...Perasmian Pameran Lantera Seni pada hari Rabu nanti...

Soalan exam...akhirnya setelah bertungkus lumus memerah otak...akhirnya siap juga...Kelam kabut hantar ke Unit Peperiksaan...sampai x sempat nk makan tengahari...rsa mcm dh kebuluran aku hari ini....(makan tengahari kul 5.35 ptg)....Kalau selalu buat kerja mcm ni pasti aku cepat kurus hehehehe....perasan.

Masuk kelas hari ini, cerita kisah sedih...kematian...kebetulan yang terhangat ialah kembalinya allahyarham `Din Beramboi'pada hari Jumaat 2/4/2010....ke rahmatullah...seterusnya abang kepada studentku Ella...Kematian ini mengingatkan aku kisah-kisah lama...(alamak...kenapa aku mulakan kelas hari ini dgn cerita-cerita sadis.....)

Abangku, meninggal dunia pada bulan April juga (x ingat berapa hari bulan)tahun 1996 ketika usiaku 26 tahun...Ketika itu sepatutnya aku melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei 1996. selang sebelum itu, bakal mak mertuaku meninggal dunia.

Bagaimana aku nak meneruskan majlis perkahwinan ini bila aku kehilangan dua insan tersayang sekali gus...Namun yang pergi tetap pergi...yang hidup kena teruskan kehidupan... Setelah sepakat, perkahwinanku ditangguhkan pada bulan 10 tahun yang sama. Kad yang telah dicetak terpaksa diubah tarikhnya...

Bulan April terlalu banyak kenangan... bulan ini juga suami kesayanganku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5 April 2002...juga pada hari Jumaat...Ya Allah, aku redha dengan dugaanMu ini...Terima kasih kerana meminjamkan suamiku untuk tempoh 5 tahun...Walaupun tempoh itu terlalu sekejap....Terima kasih kerana mengurniakan kami dua orang puteri yang comel...Semoga suamiku ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...Amin

No comments:

Post a Comment