Saturday, April 10, 2010

Rumah baru buat keluarga tersayang

April ini, aku dan abang Kamal sudah memulakan kerja2 pembinaan rumah baru untuk kedua ibu bapa kami...(bukan kami yang buat kerja tersebut)...semua diuruskan oleh abang Kamal...selain aku yang memberi sedikit sumbangan kewangan, abang kamal memberikan share yang paling banyak...

Tidak sabar nak tengok perubahan rumah tersebut...Pastinya mak dan abah gembira...Kegembiraan mereka itu...sudah cukup membahagiakan kami sebagai anak...

Selama ini aku terlalu sibuk dengan kerjaya dan anak-anak...Bila mak luahkan hendak buat rumah...perkara penting ialah kewangan...ada duit...semua jadi...Setelah berpakat dengan abangku...kami ambil keputusan untuk memenuhi permintaan mak...sementara mak masih ada dan sihat lagi...Biarlah mak merasa rumah batu pula yang lebih selesa...

Aku sangat berharap dengan adanya rumah baru nanti...kehidupan mak dan abah lebih terjaga dan selesa...Mak...terima kasih kerana membesarkan aku...terima kasih kerana mendoakan kejayaanku...terima kasih kerana memberi kasih-sayang kepada kami...

Buat abangku... Kapt(B) Kamarudin...Terima kasih kerana memenuhi impian mak...aku sebagai anak yang bongsu hanya inginkan yang terbaik untuk kehidupan mereka...Mak...doakan kebahagiaan kami di dunia dan akhirat...Amin...

No comments:

Post a Comment