Friday, November 12, 2010

Maafkan kakak...Mama

Anak kesayanganku, Damia Syahirah














Keputusan UPSR telah diumumkan pada 11.11.2010(Khamis) yang lalu. Aku rasa berdebar sangat kerana ini merupakan peperiksaan untuk anak sulungku, Damia. Sememang harapan setinggi gunung terhadapnya. Sememangnya kita akan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak.

Apabila keputusan diumumkan, aku dah beritahu kakak yang aku akan ke sekolahnya untuk sama-sama melihat result dia. Pada mulanya dia memang tak bagi. Risau jika keputusan UPSR akan menghampakan aku.
Walau bagaimanapun sebagai seorang ibu, aku ingin memberi sokongan moral padanya...Aku beri kata-kata semangat...akhirnya dia akur dengan kehendakku.

Seawal 10.30 pagi aku dah sampai ke SK Bandar Teknologi Kajang. Aku bersama Isya (ponteng sekolah kerana berjumpa doktor gigi), aku menunggu dengan penuh debar di foyer sekolah. Ibu bapa sudah bertambah ramai, manakala murid-murid Tahun 6 telah mula duduk di ruangan foyer.

Sempat juga aku melihat abang Sulaiman( seniorku di UITM) sibuk mengambil gambar anaknya(anaknya pun tunggu result UPSR). Aku semakin resah. Jam telah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Kelibat cikgu yang akan mengumumkan keputusan masih tidak muncul-muncul lagi...(betul-betul menguji kesabaranku...)

Akhirnya, yang ditunggu telah tiba, kelihatan PK 1, dan beberapa guru tiba di foyer untuk mengumumkan keputusan UPSR...Jeng...jeng..(rasa nak gugur jantung aku)...

Keputusan yang akan diumumkan bermula dari mereka yang mendapat 4A1B...sorang demi sorang nama diumumkan dan mereka naik ke pentas...nama anakku masih tidak disebut...

Kemudian keputusan 5A pula...lagilah berdebar, nama yang diumumkan kebanyakannya dari kelas anakku 6 Cekal, tapi....nama anakku masih tidak disebut...Ku lihat anakku sudah mula nak menangis...hinggalah nama yang terakhir....tiada nama anakku Damia Syahirah....Ku lihat anakku sudah tidak dapat mengawal perasaanya. Apa lagi menangis teresak-esaklah...puas rakan2nya pujuk. Dia asyik meminta maaf padaku...mama, maafkan kakak, ma...mamakan kakak...kakak dah hampakan harapan mama...

Aku bertambah sedih, namun aku jelaskan padanya, aku tidak salahkannya. Dia terlalu sedih kerana hanya mendapat 3A2B. Dia malu pada kawan-kawan baiknya yang majoritinya mendapat 5A... Apa-apa pun aku tetap memberi semangat padanya...Perjalanannya masih jauh dan panjang...Masih ada ruang untuk dia menebus balik kesilapannya...Sejujurnya...Aku sudah pun bersyukur...Dia sudah buat yang terbaik...
Kakak...mama tidak salahkan kakak...kakak sudah cuba yang terbaik...Buktikan pada mama masa PMR(Tahun 2013) nanti...Jangan ulang lagi kesilapan yang sama...Mama percaya kakak pasti berjaya dengan cemerlang. Mama sentiasa mendoakan kejayaan kakak...

No comments:

Post a Comment