Monday, November 1, 2010

Raya 2010 dengan rumah baru

Duduk depan(Kiri) abg Kamal,abah,mak,abg Ramli
Dari kiri(belakang) Kak Midah, Kak Anis, Me
Raya kali ini lebih seronok berbanding tahun lalu. Maklumlah...nak raya kat rumah baru. Rumah ini kami adik beradik sediakan untuk emak dan abah. Syukur alhamdulillah...Murah rezeki abangku, abang Kamal....Dia merupakan share yang paling banyak...x apa bang...ada share kat akhirat nanti....Yang penting kita ikhlas memberi...untuk keselesaan kita juga bila balik kampung nanti.

Mak adalah orang yang paling seronok. Maklumlah, sudah lama mengidam rumah batu yang lebih selesa. Dalam usia mak menjangkau 75 tahun, baru mak nak merasa senang...Aku tumpang terharu bila mak sentiasa mengucapkan rasa gembira kerana impiannya terlaksana...

Mak, siapa lagi yang akan membahagiakan mak selain anak-anak mak...Abang Kamal, Kak Anis, Kak Midah, Abang Ramli dan Adik...Cucu-cucu mak yang sudah berpuluh...Mak, selagi mak dan abah masih ada...Kami sentiasa akan membahagiakan mak...Kami akan menjaga mak....Mak jangan risau...Insya Allah, kami tidak akan melupakan kasih-sayang dan jasa mak membesarkan kami....Mak...We Love U....

No comments:

Post a Comment