Friday, November 12, 2010

Maafkan kakak...Mama

Anak kesayanganku, Damia Syahirah














Keputusan UPSR telah diumumkan pada 11.11.2010(Khamis) yang lalu. Aku rasa berdebar sangat kerana ini merupakan peperiksaan untuk anak sulungku, Damia. Sememang harapan setinggi gunung terhadapnya. Sememangnya kita akan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak.

Apabila keputusan diumumkan, aku dah beritahu kakak yang aku akan ke sekolahnya untuk sama-sama melihat result dia. Pada mulanya dia memang tak bagi. Risau jika keputusan UPSR akan menghampakan aku.
Walau bagaimanapun sebagai seorang ibu, aku ingin memberi sokongan moral padanya...Aku beri kata-kata semangat...akhirnya dia akur dengan kehendakku.

Seawal 10.30 pagi aku dah sampai ke SK Bandar Teknologi Kajang. Aku bersama Isya (ponteng sekolah kerana berjumpa doktor gigi), aku menunggu dengan penuh debar di foyer sekolah. Ibu bapa sudah bertambah ramai, manakala murid-murid Tahun 6 telah mula duduk di ruangan foyer.

Sempat juga aku melihat abang Sulaiman( seniorku di UITM) sibuk mengambil gambar anaknya(anaknya pun tunggu result UPSR). Aku semakin resah. Jam telah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Kelibat cikgu yang akan mengumumkan keputusan masih tidak muncul-muncul lagi...(betul-betul menguji kesabaranku...)

Akhirnya, yang ditunggu telah tiba, kelihatan PK 1, dan beberapa guru tiba di foyer untuk mengumumkan keputusan UPSR...Jeng...jeng..(rasa nak gugur jantung aku)...

Keputusan yang akan diumumkan bermula dari mereka yang mendapat 4A1B...sorang demi sorang nama diumumkan dan mereka naik ke pentas...nama anakku masih tidak disebut...

Kemudian keputusan 5A pula...lagilah berdebar, nama yang diumumkan kebanyakannya dari kelas anakku 6 Cekal, tapi....nama anakku masih tidak disebut...Ku lihat anakku sudah mula nak menangis...hinggalah nama yang terakhir....tiada nama anakku Damia Syahirah....Ku lihat anakku sudah tidak dapat mengawal perasaanya. Apa lagi menangis teresak-esaklah...puas rakan2nya pujuk. Dia asyik meminta maaf padaku...mama, maafkan kakak, ma...mamakan kakak...kakak dah hampakan harapan mama...

Aku bertambah sedih, namun aku jelaskan padanya, aku tidak salahkannya. Dia terlalu sedih kerana hanya mendapat 3A2B. Dia malu pada kawan-kawan baiknya yang majoritinya mendapat 5A... Apa-apa pun aku tetap memberi semangat padanya...Perjalanannya masih jauh dan panjang...Masih ada ruang untuk dia menebus balik kesilapannya...Sejujurnya...Aku sudah pun bersyukur...Dia sudah buat yang terbaik...
Kakak...mama tidak salahkan kakak...kakak sudah cuba yang terbaik...Buktikan pada mama masa PMR(Tahun 2013) nanti...Jangan ulang lagi kesilapan yang sama...Mama percaya kakak pasti berjaya dengan cemerlang. Mama sentiasa mendoakan kejayaan kakak...

Tuesday, November 9, 2010

Maafkan aku...

Maafkan aku kerna tidak mampu untuk mendustai hati ini....
Sememangnya aku masih tidak mampu untuk menerimamu dalam kehidupan kami.
Telahku cuba,
ku mohon pada Tuhan...

Jangan kau tanya mengapa?...
aku tiada jawapannya...

Ku mohon...,
Berilah ruang hatimu untuk orang lain...
Yang benar-benar menyayangimu...
Seumur hidup berkorban untukmu...

Maafkan aku,
Kerna mensia-siakan usia remajamu, menunggu...,dan menunggu...
entah bila penamatnya.
Usai 24 tahun kita bersahabat...
Kau sahabat terbaikku...
Tidak mampu lagi aku untuk melukai hatimu...

Tolonglah...,
Lepaskan aku dari merasa berdosa...
Ku ingin melihat kau berbahagia...
dengan insan yang benar-benar menyintaimu...sejujurnya.

Jangan kau ulang lagi kesilapan dulu...
Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu.

Izinkan kami berlalu pergi....
Kerna `jiwa' ku telah berkubur mati...

Di sisiku, ada dua puteri kesayanganku...
yang akan menjagaku..
Aku tahu...kau terlalu baik untukku...

Qasehku telah dibawa pergi ..
Entah kapan terbuka hati...

Monday, November 1, 2010

Raya 2010 dengan rumah baru

Duduk depan(Kiri) abg Kamal,abah,mak,abg Ramli
Dari kiri(belakang) Kak Midah, Kak Anis, Me
Raya kali ini lebih seronok berbanding tahun lalu. Maklumlah...nak raya kat rumah baru. Rumah ini kami adik beradik sediakan untuk emak dan abah. Syukur alhamdulillah...Murah rezeki abangku, abang Kamal....Dia merupakan share yang paling banyak...x apa bang...ada share kat akhirat nanti....Yang penting kita ikhlas memberi...untuk keselesaan kita juga bila balik kampung nanti.

Mak adalah orang yang paling seronok. Maklumlah, sudah lama mengidam rumah batu yang lebih selesa. Dalam usia mak menjangkau 75 tahun, baru mak nak merasa senang...Aku tumpang terharu bila mak sentiasa mengucapkan rasa gembira kerana impiannya terlaksana...

Mak, siapa lagi yang akan membahagiakan mak selain anak-anak mak...Abang Kamal, Kak Anis, Kak Midah, Abang Ramli dan Adik...Cucu-cucu mak yang sudah berpuluh...Mak, selagi mak dan abah masih ada...Kami sentiasa akan membahagiakan mak...Kami akan menjaga mak....Mak jangan risau...Insya Allah, kami tidak akan melupakan kasih-sayang dan jasa mak membesarkan kami....Mak...We Love U....

`Aku kini dimadu'kak....

Aku dan `baby' pergi pasaraya Billion. Sempat membeli makanan Tom, Jerry dan Tam...Singgah jap di kedai jiran kami. Apa lagi pekena char kuey teow goreng....`Baby' makan kerang rebus...emmmm...yum...yum...

Jiran kami, em...aku kenalkan sebagai `N' menyapa kami yang sedang syok menikmati makanan masing-masing. Aku ajak N join kami sekali...sesekali kami sembang pasal lama x jumpa (hehehhe...walaupun jiran selang 2 buah rumah sahaja)...Maklumlah aku sibuk manakala N pula dengan bisnes makanannya.

Dalam syok menikmati char kuey teow goreng, N menduga aku...`Kak, ko nak tahu...aku kini bermadu....Terkejut aku dengan cerita N...Biar betul...?????N....Abang J dah kawin lain....Dah 3 tahun dah tanpa pengetahuan saya....Mata kami bertaut...ada genangan air mata dimatanya...aku tahu, N terlalu kecewa dan terluka dengan perbuatan suaminya...

Apa yang pasti...aku tertanya-tanya...apa kurangnya N hingga suaminya sanggup menduakannya...Nak kata x ada anak...Anak mereka dah tiga orang. Lelaki dan dua perempuan....Apa kurang lagi?...Heran...Apapun aku sebagai jiran hanya mampu mendengar keluhannya. Menasihatkannya supaya banyak bersabar dan berdoa agar Allah SWT kuatkan semangat. demi anak-anak...Abang J dah hampir 3 bulan x jenguk anak2nya...kereta sudah 2 bulan tertunggak...Saya pening kak...

Aku bersimpati...Kesian N...kesian anak2nya yang masih kecil...Aku x kisah kalau suaminya kaya dan mampu berlaku adil....Tapi....Adilkan jika 2 bulan langsung x jenguk anak bini?....Mengapa lelaki berperangai macam ini?....

Thursday, July 1, 2010

Syukur , alhamdulillah...

Alhamdulillah...akhirnya penantian berakhir ari ini...1 Julai 2010...aku telah dinaikkan pangkat.....aku rasa penantian yang begitu menyiksakan ini dapat aku lalui dengan tabah...memang aku rasa ketinggalan jauh dr rakan2 seangkatan....Apa2 pun aku tetap bersyukur dengan anugerahMu ini...

Apa yang penting...aku telah menjalankan amanah dan tanggung-jawab ini dengan penuh keikhlasan kerana Allah S.W.T...Sekali pun aku adalah kes tercicir...aku redha...Aku hanya ingin buat yang terbaik dalam kerjayaku...buat anak-anak muridku...sekali pun kita dianiaya dari segi apa pun , jgn sesekali kita kecewa...bersabarlah kerana suatu hari akan sampai masanya untuk kita pula..Walaupun kita TERLEWAT....Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan berserah...

Sunday, June 27, 2010

Waaaaaa....Dah kerja semula esok.....egggkkkkk....

Alamak...punyalah lama cuti 3 minggu, sempat pula pi holiday ke Vietnam...nak masuk keja balik...malasssssssssnyaaaaaaaa......waaaaaaaaaawaaaaaaaa.....x ada motivasi langsung...emmmmmmmm...

Apa-apa pun...Sebenarnya aku teruja masuk semester ke 2 ini....apa ek...dah mula nak siapkan Suara Khas (alamak...gambar x cari lagi....)...hehehhehe...Biasalah sampai masanya...siaplah tu....

Kerja-kerja yang tertangguh...waaaa...banyaknya...sijil penyertaan pertandingan Menggambar patutnya dah dipos ke sekolah peserta-peserta berkenaan... Sijil penghargaan untuk cikgu-cikgu dah hampir siap....Kena minta lagi dengan Siti coz x cukup...(Siti...kau jangan marah akak ye....hehhehehe)...

Motivasi...motivasi...motivasi....please....Alhamdulillah..Dah dapat keputusan naik pangkat melalui laman web www.moe.gov.my/naikpangkat.....Akhirnya.....Syukur alhamdulillah...rezeki dariMu ....

Wednesday, June 16, 2010

Cuti...cuti..bercuti ke Vietnam

Selamat balik bercuti dari Vietnam dari 13- 16 April 2010. Banyak pengalaman baru yang diperolehi. Aku baru tersedar...bersyukurnya menjadi rakyat Malaysia berbanding mereka di sana.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila melawat Muzium Perang mereka...sangat menyedihkan melihat gambar- gambar mangsa peperangan yang diseksa, anak-anak kecil yang dibunuh...sangat menghibakan dan menginsafkan.